Ramai antara kita yang keliru bila bercakap tentang kebahagiaan. Aku banyak belajar dari kegagalan rumahtangga aku. Aku belajar kebahagiaan tidak akan terjadi sendiri. Kebahagiaan tak kan datang dan menjelma dgn sekelip mata. Kebahagiaan tidak akan hadir pada kita dengan tiba-tiba.
Kebahagiaan adalah SESUATU YANG HARUS DICIPTAKAN. Bila kita bertanya orang tentang kebahagiaan kita akan menerima 1001 tanggapan tentang kebahagian. 1001 definasi dan makna kebahagiaan.
Tapi tahukah kita APAKAH ITU KEBAHAGIAAN? Pejamkan mata anda dan tanyalah diri sendiri..apa itu kebahagiaan?
Bagi aku tidak ada manusia yang mampu memberikan makna kebahagiaan yang sebenar. Tiada manusia mampu menceritakan apakah itu kebahagiaan.
KENAPAKAH TIDAK ADA SESIAPA MAMPU MEMBERIKAN DEFINASI YANG TEPAT TENTANG KEBAHAGIAAN?
Memang kenyataan apa yang aku nyatakan. Tidak ada manusia yang mampu memberikan definasi yang tepat tentang kebahagiaan walaupun pakar psikologi.
Kenapa?
Kerana kita adalah manusia.. Manusia menafsirkan sesuatu berdasarkan tanggapan dan pengalaman kehidupan dari kecil hingga dewasa. Manusia melalui pengalaman yang berbeza. Jadi manusia akan mentafsirkan kebahagiaan dengan cara yang berbeza. Begitu juga tafsiran tentang penderitaan dan kesakitan.
Jika kita ingin bahagia, tanyalah diri kita APA ITU KEBAHAGIAAN? Tidak perlu kita bertanya orang lain atau sibuk membaca itu dan ini. Memang kita perlu ilmu untuk bahagia tetapi jawapan bagaimana untuk bahagia ada di dalam diri kita.
Jadi utk kita bahagia, aku rasa kita perlu fahami 3 perkara ini :
- Apa pun definasi kebahagiaan tidak penting. Cukup lah kalau kita faham apa itu kebahagiaan mengikut tafsiran kita.
- Carilah kebahagiaan dengan cara kita dan kita tidak perlu mengikut cara dan acuan orang lain. Tidak salah mendengar pendapat orang lain tetapi biarlah ianya hanya pendapat.
- Kita tidak mampu mengukur kebahagiaan orang lain. Kita nampak zahirnya mereka bahagia tetapi kita tidak tahu apa di hati mereka, begitu juga sebaliknya.
Perkara terpenting untuk bahagia hanya SATU.. KEBAHAGIAAN ITU ADALAH CAHAYA ALLAH DAN CAHAYA ALLAH HANYA AKAN SAMPAI PADA HATI YANG BERSIH..itu adalah keputusan muktamad yg Allah tetapkan untuk kita
SO BERSIHKANLAH HATI KITA JIKA KITA INGIN BAHAGIA...
Semoga aku dan kita semua akan BAHAGIA.. amin...

No comments:
Post a Comment